top of page

PENGENALAN 

 

SIAPAKAH MEGAT TERAWIS

Megat Terawis ialah seorang pahlawan hebat berketurunan diraja dari Istana Pagar Ruyung, Minangkabau, Sumatera.

Pengetahuan dan kebijaksanaan (seni silat yang digunakan oleh Megat Terawis) bermula dalam era Raja Adityawarman pada abad ke-14, pemerintah Empayar Sriwijaya.

Empayar tersebut cukup besar untuk menandingi Empayar Majapahit di Pulau Jawa.Semua waris dan keturunan Raja Adityawarman akan diajar cara pahlawan Penjurit Kepetangan dan pertarungan yang menjadi legenda adalah pertarungan bersama seorang pendekar bernama Gerhana Matahari, pahlawan Majapahit yang terkenal.

Megat Terawis ialah pahlawan yang telah mengiringi Sultan Muzaffar Shah (I) menjadi Sultan Perak yang pertama selepas kejatuhan empayar Melaka pada tahun 1511.Megat Terawis sendiri terlibat dengan pertarungan yang menjadi legenda bersama Tun Sab'an, seorang pembesar dari Hulu Perak yang bertanggungjawab menabalkan Raja Muzaffar Shah menjadi Sultan Perak yang pertama dengan gelaran Sultan Muzaffar Shah (I). Raja Muzaffar Shah merupakan waris kepada Sultan Mahmud Shah, Sultan Melaka yang terakhir.Setelah mengalahkan Tun Sab'an, Megat Terawis telah dilantik oleh Sultan Muzaffar Shah (I) menjadi Bendahara.Sebagai Bendahara, Dato' Megat Terawis dipertanggungjawabkan untuk majlis-majlis rasmi dan adat istiadat. Segala ilmu pengetahuan dan kemahirannya diperturunkan kepada waris-warisnya sehinggalah kepada Megat Ainuddin bin Megat Mohd Nordin (Tuan Guru Utama Silat Penjuritan Kepetangan). Silat Penjuritan Kepetangan warisan Megat Terawis ini dijaga dan dipelihara dengan baik oleh Istiadat Pewaris Penjurit-Kepetangan Melayu atau IPPM.

OBJEKTIF

 • Memastikan Suasana Dan Persekitaran Kerja Bersih, Selesa Dan  

  Selamat serta menerapkan elemen-elemen ‘low karbon city’.

 

• Membudayakan Ekosistem Kondusif Sektor Awam Di Semua

  Jabatan / Bahagian Pada Setiap Masa

 

• Meningkatkan Kualiti Perkhidmatan Dan Motivasi Kepada Warga

  MPB Dengan Mewujudkan Sikap “ Sense Of Belonging”

 

  Penglibatan Semua Warga MPB Bagi Merealisasikan Konsep Dan Elemen Eksa

 

• Meningkatkan Kualiti Kerja Secara Berperingkat Dan Berterusan   

  Demi Memenuhi Kehendak Dan Kepuasan Pelanggan MPB

DASAR

Ke Arah Mewujudkan Kecemerlangan Organisasi Melalui Kualiti Perkhidmatan Persekitaran Yang Bersih, Selamat Dan Selesa Kepada Pelanggan

bottom of page